1 Februari genap dua tahun rampasan kuasa Junta tentera ke atas Myanmar.

Genap dua tahun juga kerajaan pimpinan Aung San Suu Kyi digulingkan.

Bagi penduduk Myanmar, kehidupan mereka berubah sama sekali selepas tentera mengambil alih tampuk pemerintahan.

Di mana hak demokrasi mereka? Manakah janji untuk adakan Pilihan Raya Umum?

Dan yang paling penting, bilakah darurat yang diisytihar Junta akan berakhir?

Persoalan ini masih membelenggu rakyat Myanmar.